Ruangan Infomasi





Segala maklumat aktiviti boleh di beritahu di kepada 9w2rev di talian 0126196929 atau v66ham@gmail.com .



Sila beritahu 3 hari awal sebelum di update di ruangan ini Sekian harap maklum.



de 9w2rev



--------------------------------------------------------



Class perbincangan radio amatur untuk exam Rae bermula pada minggu ini :



Tempat: Rumah 9w2rev Taman Pelangi Semenyih

Masa : 9 malam - 10.30malam

Setiap hari Rabu malam Khamis bergantung pada keadaan.

Pengajar :9w2rev



Kepada rakan swl berminat sila dtg ..



Tempat terhad kepada 10 kerusi ..



Berminat sila contect Mazlan 9w2rev di talian 0126196929

----------------------------------------------------------

V66ham telah mewujudkan satu grouping dalam facebook {new media} selaras dengan perkembangan teknologi di internet . Kepada rakan rakan v66ham community boleh join v66 community di facebook ..sila klik di link ini :- http://www.facebook.com/photo.php?pid=397197&id=1796035944#!/group.php?gid=112619732115917&v=info







Klang Valley Weather (KLW)

Aprs Tracing ../ Anda bila nak join aprs

Kedai Amatuer

Thursday, July 15, 2010

Eyeball V66 Menyambut bulan Ramadhan





Salam


Dengan ini pihak rakan rakan di kawasan Semenyih Beranang Mantin dan kawasan capaian oleh simplex serta rakan rakan di kawasan Kajang Bandar Baru Bangi Serdang, Cheras dan Putrajaya akan mengadakan Eyeball Di Rimbun Klasik Bandar Baru Bangi .

Pihak v66 simplex komuniti menjemput mana mana rakan amatur atau swl untuk datang eyeball julung kali diadakan oleh rakan rakan v66 .

Pada tarikh : 7 Ogos 2010

Tempat qth: Rimbun Klasik Bandar Baru Bangi

Masa : 5ptg dan keatas

Acara : Bertukar pendapat ramas mesra chit chat ..
Sesi photografi bergambar beramai ramai rakan rakan ham dan kenderaan ..

Kepada yg berminat anda boleh berhubung terus kepada

Saudara Abg Izat 9w2mjr aka abg misai di talian 012 3955 837 dan saudara Azlee aka Abg Last di talian 0126649857 untuk tujuan confirmation nama anda dan ahli keluarga anda.Sila beri nama anda sebelum 30 Julai 2010 untuk memudahkan pihak Abg Misai uruskan.
Perhatian Kutipan rm10 seorang dikenakan untuk arrange minuman sila list nama dan kutipan di kutip oleh saudara Abg Izat 9w2mjr atau Abg Azlee 9w2lst . Sekian harap maklum.

Anda juga boleh memanggil di freq 147495 v66.

Jenis juadah terdapat .









Di harap kita dapat berjumpa beramai ramai ..

maklumat bergambar dari pada blog http://www.shahsramblings.com . Credit kepada blogger shah..





Ham Festivel Malaysia Pertama .. Support Malaysian Amatuer Community



Kenyataan Akhbar 13/07/10

HAMFEST MALAYSIA 2010

Kenyataan Akhbar 13/07/10

HAMFEST MALAYSIA 2010

1. Hamfest Malaysia 2010 akan dianjurkan di Tapak Menara Kuala Lumpur pada 30, 31 July dan 1 August 2010. Hamfest Malaysia yang pertama kali diadakan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada orangramai berkenaan dengan konsep pengunaan Radio Dua-Hala semasa aman dan bencana di Malaysia.

2. Festival ini akan disertai oleh Kelab-kelab Radio Amatur dari seluruh negara dan juga agensi-agensi kerajaan yang menggunakan kemudahan radio komunikasi dua-hala UHF, VHF dan HF.

3. Sesi penerangan daripada agensi-agensi kerajaan akan diatur untuk memberi penerangan lanjut kepada pengunjung-pengunjung mengenai peraturan-peraturan pengunaan Radio Amatur di Malaysia.

Sesi penerangan oleh Syarikat pengeluar sistem Radio Dua-hala seperti Yaesu, Kenwood dan juga Icom akan turut dilangsungkan.

4. Pameran pengunaan Radio Komunikasi oleh Agensi Kerajaan seperti PDRM, JPAM, BOMBA, ATM dan juga SMART akan turut diadakan di Tapak Perkemahaan berdekataan dengan lokasi utama pameran.

5. Aktiviti-aktiviti yang boleh disertai oleh pengunjung adalah seperti berikut:

a. Aktiviti Skill-Stations – Pengenalan kepada Radio Komunikasi, Berkomunikasi di frekunsi VHF dan HF. Menaikan antenna diapole HF, Mempelajari teknik navigasi dan bacaan peta.

b. Fox Hunting – Mencari lokasi pemancar beacon dengan menggunakan teknik pencarian melalui Radio Dua-Hala.

c. Distance Contact Contest (DX COntest) – Mendapatkan contact rakan-rakan Amatur di seluruh dunia.

6. Hamfest Malaysia 2010 juga dibuka kepada orangramai dan murid-murid sekolah. Kerjasama dengan Kementerian Pelajaran akan dilakukan untuk membolehkan ianya dihadiri oleh murid-murid semasa waktu persekolahan.

7. Maklumat lanjut:

Lokasi : Tapak Menara Kuala Lumpur

Tarikh : 30-31 Julai dan 1 August 2010

Laman web : www.hamfest.my

Penganjur : 9W2GOD - Azli Paat (0193398905 – azlipaat@gmail.com)

Penasihat : 9M2YRS - (Pak Yob) ABD RASID AHMAD SIDEK
: 9M2NM - Nordin Abu Mangsor - 0129455180
: 9M2RS - Hj. Rashid Sultan - 0193362595

Urusetia : 9W2XLT - LT. (B) Khairul Annuar ( 014 2256729 )
9W2OOS - Sallehudin Hashim (0162188393)
9WJQQ - Pak Razif (0176517800)
9W2SFU - (SIFU) Amiruddin Fansari (0173019123)
9W2LST - Azle (0126649857)
9W2BCT - Aswadi (0163111528)
9W2NZS - Nazri (0173312017)

Sila layari facebook ham fest :-

http://www.facebook.com/hamfest.my?v=wall

http://www.hamfest.my/

JOM BERAMAI RAMAI KITA KE SANA SUPPORT AMATUR KOMUNITI DI MALAYSIA INI

30 Julai hingga 1 ogos 2010 ...............................

Map localan Semenyih Beranang