SIMPLEX REPEATER INTERFACE[SEDIA UNTUK DIJUAL]
-
Voice recode Simplex Repeater is the best way to solve your all program,it
is has such good function:
*NO LICENSE REQUIRE*
1.NO need two frequency to b...
Apa Itu Radio AmaturRadio Amateur ataupun juga dikenali sebagai ‘HAM Radio’ ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji & berkomunikasi melalui gelombang radio. Seseorang itu juga dapat menghubungi seseorang yang lain secara individu @ berkumpulan dengan menggunakan pesawat radio yang menghasilkan gelombang magnetik.
Apakah yang boleh saya lakukan dengan Radio Amateur?Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat pada setiap masa. Pada waktu bencana, Radio Amtur amat berguna terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat. Pada ketika lain,anda juga kadangkala boleh bercakap dengan angkasawan @ membalikkan isyarat dari bulan. Anda juga boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital.Komunikasi melalui radio amatur tidak seperti penggunaan telefon bimbit kerana liputannya tidak terbatas kepada kawasan berpenduduk sahaja. Keupayaan radio amatur bergantung kepada antenanya dan juga jaluran (band) yang digunakan. Semakin tinggi antena (atau semakin banyak elemen sesebuah antena itu, semakin baik keupayaannya) .Di dalam keadaan darurat seperti bencana alam, peranan radio amatur amat menonjol di dalam memberikan kemudahan perhubungan. Contoh aplikasi radio amatur yang digunakan ketika bencana di Malaysia ialah ketika tragedi Highland Towers pada tanggal 11 Disember 1993 yang telah mengorbankan 48 nyawa, apabila MARTS atau Malaysian Amateur Radio Transmitters' Society tampil memberikan kemudahan perhubungan komunikasi di antara lokasi runtuhan dengan hospital. Contoh yg lain adalah seperti kejadian Tsunami, kemalangan helicopter yg jauh di Genting baru2 ini dan banjir di Pekan.Secara asasnya, terdapat 2 jenis komunikasi di dalam radio amatur iaitu secara simpleks dan satu lagi melalui pancar ulang. Simpleks (simplex) merupakan kaedah perhubungan radio secara point to point seperti walkie-talkie yg kita gunakan untuk SRS dan Rakan Cop.Pancar ulang atau repeater pula merupakan perhubungan melalui sejenis peranti yang menerima (RX) dan menghantar (TX) kembali audio kita. Pancar ulang lazimnya terletak di kawasan tinggi seperti di gunung/bukit bagi membolehkan ia menerima dan menghantar semula audio ke tempat yang lain pada jarak yang lebih jauh. Pancar ulang penting kerana ada kalanya komunikasi agak sukar kerana terlindung oleh halangan seperti struktur binaan manusia seperti bangunan mahupun muka alam seperti bukit dan gunung. Oleh yang demikian, bagi membolehkan audio disampaikan ke kawasan yang terlindung, pancar ulang diperlukan. Di Malaysia hampir kesemua pancar ulang dimiliki oleh persatuan radio amatur seperti MARTS, MARES, ASTRA, JASRA dan lain-lain lagi yang boleh dimanfatkan oleh ahlinya untuk berkomunikasi dengan rakan lain samada secara lokal mahupun transnasional (seluruh negara).
Seseorang yang hendak menjadi ‘Ham Radio’ hendaklah lulus di dalam peperiksaan yang dinamakan RAE (Radio Amateur Examination) . Setelah lulus barulah boleh membuat permohonan bagi mendapat lesen Radio Amateur. Di Malaysia pihak yang memegang kuasa mengeluarkan lesen radio amateur ialah Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia. Hanya mereka yang lulus & diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amateur.
Callsign (Kod panggilan)Setiap Amatuer mempunyai kod @ callsign. Di Malaysia barat kod ini 9M2 & 9W2. Di Serawak 9M8 & 9W8 & di Sabah 9M6 & 9W6. 9M ialah kelas A yang lulus RAE & ujian morse kod manakala 9W ianlah kelas B iaitu mereka yang lulus RAE sahaja.
Siapakah yang harus anda hubungi untuk mendapatkan bantuan? Kelab-kelab Radio Amatuer terdapat diseluruh Malaysia & bersedia untuk membantu anda. Ada di antara kelab-kelab tersebut mempunyai halaman web yang mengandungi maklumat mengenai hobi tersebut.
Berikut disenaraikan sedikit Q-Qode yang diterima pakai utk kegunaan komunikasi di repeater: QRA : Nama stesen/handle anda QRK : Tahap jelas pancaran(R1-R5) QRL : Frekuensi sedang digunakan @ sibuk QRM : Ganguan dari stesen lain QRO : Tingkatkan kuasa pancaran @ High power QRP : Rendahkan kuasa pancaran @ Low powerQRT : Berhenti memancar QRU : Sekian sahaja dari saya (mesej) QRV : Anda sudah bersedia @ saya sudah bersedia QRX : Berhenti utk seketika @ akan kembali semula pada (masa) @ standby QRZ : Siapa yg memanggil QSA : Kekuatan signal (S1-S9) QSP : Menyampaikan mesej QST : Perhatian semua stesen QSY : Bertukar (pancaran) ke frekuensi lainQTH : Lokasi anda QTR : Masa (jam) QRG : Frekuensi yang lazim digunakan semasa QSO:73 : Salam bahagia/salam sejahtera jalopy : kereta XYL : IsteriYL : Wanita tanpa mengira umurHarmonic : Anak WX : Keadaan cuaca
BAGAIMANA UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN DIDALAM RADIO AMATUR Untuk mengendalikan Stesyen Radio Amatur, pengendali mestilah memegang Sijil Pengendali Stesyen Radio Amatur yang dikeluarkan oleh SKMM ( MCMC ). Permohonan boleh di buat dimana-mana pejabat Wilayah SKMM ( MCMC ). Tanda Panggilan ( CallSign ) akan diberikan kepada pemohon yang berjaya mengikut Kelas Sijil Pengendali Stesyen Radio Amatur. Sijil Penguntukan Radas Radio Amatur membenarkan pemegang untuk mengambil bahagian dan mengoperasikan Stesyen Radio Amatur.
Peruntukan Tanda Panggilan ( Call Sign ) di Malaysia adalah seperti berikut : Semenanjung Malaysia - Kelas A - 9 M 2 x x xKelas B - 9 W 2 x x x Sabah - Kelas A - 9 M 6 x x xKelas B - 9 W 6 x x x Sarawak - Kelas A - 9 M 8 x x xKelas B - 9 W 8 x x x
PENGUNTUKAN RADAS RADIO AMATUR Semua Stesyen Radio Amatur mestilah mempunyai lesen yang sah daripada SKMM ( MCMC ) sebagai sebuah badan berkuasa untuk industri komunikasi di Malaysia. Anda mestilah memiliki sijil Penguntukan Radas Radio Amatur ( ASAA ) untuk mengendalikan Stesyen Radio Amatur. Di bawah kategori radio amatur terdapat tiga kelas iaitu : 1. Permohonan untuk Penguntukan Radas ( Perkhidmatan Amatur ) ASAA kelas A dan B 2. Permohonan untuk Penguntukan Radas ( Perkhidmatan Mobil ) borang untuk Stesyen Pengulang ( Repeater ) Amatur Tempoh sah Penguntukan Radas Radio Amatur ( ASAA ) adalah diantara 3 bulan hingga 5 tahun.
KELAYAKAN UNTUK MEMOHON PENGUNTUKAN RADAS RADIO AMATUR Untuk kelayakan , pemohon mestilah : 1. Berumur tidak kurang dari 18 tahun untuk kelas A dan berumur tidak kurang dari 14 tahun untuk kelas B Bagi pemohon dibawah umur 21 tahun, dikehendaki mendapat pengesahan daripada ibubapa, penjaga atau mana-mana pihak yang akan bertanggungjawab. 2. Warganegara Malaysia atau warganegara asing yang mempunyai perjanjian timbal balik ( Reciprocal Aggrement ) dengan Malaysia. 3. Pemegang Sijil Pengendali Stesyen Radio Amatur ( AROC ) kelas A atau B hendaklah mengemukakan salinan keputusan Peperiksaan Radio Amatur kepada SKMM ( MCMC ).
KEPERLUAN PEMATUHAN Pemegang Sijil Penguntukan Radas Radio Amatur ( ASAA ) mestilah akur dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan undang-undang dan pindaan yang dibuat.
KEPERLUAN PEMATUHAN ANTARABANGSA Pemegang Sijil Penguntukan Radas Radio Amatur ( ASAA ) mestilah akur dengan Peraturan Radio ( Radio Regulation ) Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa ( ITU ) dan Konvensyen Telekomunikasi Antarabangsa ( ITC ). Penggunaan ulangan untuk stesyen pengulang yang mengoperasikan jalur Ulangan Amat Tinggi ( VHF ) dan Ulangan Teramat Tinggi ( UHF ) dalam jarak 50 kilometer daripada sempadan Malaysia akan memerlukan Koordinasi Sempadan dengan negara jiran berkenaan.
YURAN PENGUNTUKAN RADAS RADIO AMATUR Yuran Penguntukan Radas Radio Amatur adalah seperti jadual dibawah : Kelas Yuran Permohonan Yuran TahunanKelas A RM 60.00 RM 36.00Kelas B RM 60.00 RM 24.00Stesen Pengulang Amatur RM 60.00 RM 60.00
PERJANJIAN OPERASI TIMBAL BALIK Stesyen Radio Amatur negara luar boleh memohon dibawah perjanjian operasi timbal balik dengan Malaysia. SKMM ( MCMC ) akan mengeluarkan ASAA kepada stesyen amatur luar negara sekiranya permohonan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Pengeluaran lesen berkenaan mengikut kelas lesen dari negara asal. ASAA hanya akan dikeluarkan tidak melebihi tempoh masa sah yang dikeluarkan oleh negara asal atau setahun atau mana yang terdahulu. Stesyen Radio Amatur negara luar yang tidak ada mempunyai perjanjian operasi timbal balik dengan Malaysia akan dipertimbangkan pengeluaran lesen bergantung kepada kes-kes tertentu sahaja. Walau bagaimana pun pengesahan dari ahli MARTS akan dipertimbangkan.
PEPERIKSAAN Terdapat dua jenis peperiksaan Radio Amatur : 1. Peperiksaan bertulis Radio Amatur ( RAE ). 2. Peperiksaan amali Kod Morse ( CW Test ).
PEPERIKSAAN RADIO AMATUR ( RAE ) Peperiksaan bertulis merangkumi tajuk-tajuk berikut ; 1. Teori Eletrik , Eletronik dan Radio Komunikasi. 2. Teori dan Operasi peralatan radio termasuk sistem antenna , pemancar , penerima , amplitude , modulasi ulangan dan teknik single sideband. 3. Peraturan yang dibuat dibawah akta yang membolehkan mana-mana stesyen ujud dan beroperasi dan termasuk perkhidmatan kajian amatur. 4. Peraturan Radio Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa ( ITU ) membolehkan stesyen radio amatur beroperasi dan melakukan kajian dan tertakluk kepada peraturan operasi stesyen radio amatur secara amnya. Terdapat 100 soalan didalam peperiksaan ini dalam bentuk objektif dan calun diberi masa selama 3 jam untuk menjawab kesemua soalan. Setiap jawapan yang salah tidak akan dipotong markah.
UJIAN KOD MORSE ( CW TEST ) Adalah satu peperiksaan amali untuk mengukur keupayaan dan kemahiran pengendali stesyen radio amatur. 1. Berupaya menghantar mesej dengan betul dengan menggunakan kekunci telegraf samada kekunci separuh otomatik atau kekunci eletronik dalam tempoh 3 minit dengan kelajuan bahasa biasa termasuk angka , Isyarat Khas , Kod ’Q’ dan isyarat kecemasan didalam Kod Morse Antarabangsa. 2. Berupaya menerima mesej dengan betul dengan menggunakan kekunci telegraf samada kekunci separuh otomatik atau kekunci eletronik dalam tempoh 3 minit dengan kelajuan bahasa biasa termasuk angka , Isyarat Khas , Kod ’Q’ dan isyarat kecemasan didalam Kod Morse Antarabangsa. Calun mestilah berupaya mengantar mesej sebanyak 36 perkataan ( lebih kurang lima huruf satu perkataan ) dalam bahasa biasa dalam masa tiga minit dengan kelajuan 12 perkataan seminit tanpa isyarat pembetulan. Maksimum empat kesalahan dan empat isyarat pembetulan adalah dibenarkan. Calon mestilah berupaya menerima mesej sebanyak 36 perkataan ( lebih kurang lima huruf satu perkataan ) dalam bahasa biasa dalam masa tiga minit dan setiap angka dan huruf yang diterima salah dikira satu kesilapan. Satu perkataan yang mana satu atau lebih huruf yang diterima salah dikira dua kesilapan. Maksimum empat kesilapan didalam bahasa biasa dan maksimum dua angka yang diterima salah dibenarkan.
BAGAIMANA UNTUK MEMOHON MENDUDUKI PEPERIKSAAN Peperiksaan akan diadakan dari masa ke semasa. Tarikh , Masa dan Tempat akan ditentukan oleh SKMM ( MCMC ). Notis penghebahan akan dibuat melalui media cetak dan eletronik. Terma dan syarat , peraturan permohonan , cara pembayaran dan lain-lain yang berkaitan dengan peperiksaan akan juga dimaklumkan.
YURAN PEPERIKSAAN Yuran peperiksaan adalah seperti berikut : 1. Peperiksaan Radio Amatur ( RAE ) - RM 50.00 2. Ujian Kod Morse ( CW TEST ) - RM 50.00 Yuran peperiksaan tidak akan dikembalikan kepada calun sekiranya menarik diri atau tidak hadir pada tarik peperiksaan. Yuran tidak boleh dipindah dari satu tarikh peperiksaan ke tarikh peperiksaan yang lain atau dari calun kepada calun yang lain.
HAD KELAYAKAN UMUR Had kelayakan umur minima untuk menduduki Peperiksaan Radio Amatur ( RAE ) adalah 14 tahun. Had kelayakan umur minima untuk menduduki Ujian Morse Kod ( CW Test ) adalah 18 tahun. Stesyen Radio Amatur Kelas A diberi keutamaan untuk pemancaran kuasa tinggi tetapi perlu mengambil kira dan bertanggungjawab ketika beroperasi/mengendali stesyen.
PERKARA-PERKARA YANG DIBENARKAN Pengendali Stesyen Radio Amatur kebiasaannya dikenali sebagai ” Ham Radio Operator ” atau ” HAM ” . Aktiviti-aktiviti yang dibenarkan adalah seperti berikut : 1. Berkomunikasi dengan stesyen radio amatur di seluruh dunia dengan radio HF. 2. Berkomunikasi diantara bandar-bandar dengan menggunakan radio VHF dan UHF. 3. Memberi perkhidmatan komunikasi ketika berlakunya bencana alam sekiranya tidakterdapat alat komunikasi yang lain atau tidak berfungsi. 4. Membina sendiri radio , alat pemancar , alat penerima dan antena. 5. Berkomunikasi melalui satelit amatur di orbit tanpa sebarang kos. 6. Berkomunikasi dengan angkasawan ketika mengelilingi dunia. 7. Membuat kajian dengan Amatur TV ( ATV ) , Slow Scan TV ( SSTV ) atau menghantar gambar potret dengan menggunakan faksimili. 8. Mengambil bahagian didalam sebarang pertandingan Radio Amatur atau membina sendiri peralatan pandu arah. 9. Mengambil bahagian dalam aktiviti mencari dan menyelamat.
PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DIBENARKAN Secara khususnya , terdapat beberapa perkara yang mana stesyen radio amatur dilarang melakukannya : 1. Pengendali stesyen radio amatur dilarang sama sekali mencari sumber kewangan melalui radio. 2. Pengendali stesyen radio amatur dilarang sama sekali memancarkan siaran kepada umum. Pemancaran radio amatur adalah untuk diterima oleh pengendali stesyen radio amatur sahaja.
credit kepada http://9w2dxn.blogspot.com dan di edit oleh 9w2rev
Propagation /Propegasi
ITU RECOMMENDED PHONETICS
ITU RECOMMENDED PHONETICS A = Alpha B = Bravo C = Charlie D = Delta E = Echo F = Foxtrot G = Golf H = Hotel I = India J = Juliet K = Kilo L = Lima M = Mike N = November O = Oscar P = Papa Q = Quebec R = Romeo S = Sierra T = Tango U = Uniform V = Victor W = Whiskey X = Xray Y = Yankee Z = Zulu
V 17 - 145.2125 Ulu Klang v 20 - Kelang / Kuala Pilah v 22 - 145.2750 Nilai - Salak Sepang. V 25 - 145.3125 Cheras - Pandan - Ampang V 27 - 145.3375 Seremban V 33 - 145.4125 Gombak V 35 - 145.4375 Kajang - BB Bangi - Putrajaya V 38 - 145.4750 Serdang - Seri Kembangan V 44 - 145.5500 Shah Alam V 47 - 145.5875 Alam Damai, Cheras V 66 - 147.4950 Semenyih - Beranang V 69 - 147.5850 Gombak
Istilah di guna dalam qso cw
A-See "Funny numbers" below ABT-About AGE-You may add 10 years for respect ANT-Antenna BEAM- Type of antenna BK-Break in (its your turn) C-Yes, usually used as an answer for the question QRL CL-I am closing my station CL?-What is your call sign? CPY-Do you copy? CQ-General call of someone looking for a QSO CUL-See you later DE-From DSW-Goodbye, in Russian DX-Long distance, usually out of this country ES-And EL-Element(s) FB-Fine business, everything is OK HI-Joke, I am kidding HW-How, short for "How do you copy?" HR-Here K-I am finished, it is your turn to transmit LID-Poor operator LOOP-Type of antenna N-See "Funny numbers" below NAME-My radio name is OM-Old man, a compliment to a good operator OP-Operator, used instead of name PKT-Packet PSE-Please R-One or more Rs means that I have copied all. Similar to QSL RPT- Repeat (This one is totally useless) RST-Signal report. R is readability, S is strength and T is tone quality RIG-My equipment is SAN-A compliment is Japanese, when added to a name as a suffix. Example Jimsan T-See "Funny numbers" below TEMP-Temperature TEST-Contest, Ex. CQ TEST. Sometimes "I am testing." TU,TKS,TNX-Thanks, TU is the most popular today. VERT-Vertical WATT-Power output WX-Weather YAGI-Type of beam antenna YRS-Years, as in age 73-Best regards, polite way to say goodbye. 88-Love and kisses, usually used between persons of opposite gender, regardless of age or relationship. ?-To indicate that a question has been asked QTH? means "Where do you live?" /- Shows portable operation (8 DITS)-Mistake, Start the word over.. Advanced operators abbreviate this with 2 dits, widely spaced, "E E." The most advanced operators tend to ignore their mistakes, as they know that the copier will fix it mentally. We do this automatically in casual speech. SPECIAL WORDS BT-Pause, similar to the verbal "Ahhh" that just fills in. __ AS-Standby for a few seconds __ AR-End of transmission, no longer in general use The line over the letters is used to indicate that the letters are run together with no spacing. FUNNY NUMBERS These "numbers" are used in some DX and contest QSOs and are included here because you may come across them and wonder. It's another example of a short cut. N-The abbreviation for the number 9. This is derived from the last two parts of the 9, not from the first letter of the word "nine." Example, "RST 5NN" FOR 599 T-The abbreviation for zero, in the days before the electronic keyer it was a long dah and can still be heard occasionally today by operators using a "bug". A-The abbreviation for the number one, in this case its the first 2 parts of the digit. This is my explanation of learning CW as a language. I would appreciate feedback, suggestions or complaints to Put W6REC or NC6M into google to see some contest records and results.
Interesting as amatuer operator / Berminat amatur ? Minat ker?
1. Apakah itu Radio Amatur? Radio Amatur ataupun juga dikenali sebagai “Ham Radio” ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji dan berkomunikasi melalui radio.Pengguna-pengguna Radio Amatur ini saling berhubung dengan rakan-rakan mereka seluruh dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapkan.
2. Bilakah Radio Amatur bermula? Sejarah Radio Amatur ini telah bermula semenjak perhubungan radio digunakan. Pada tahun 1912, Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat. Bermula 1914, pengguna Radio Amatur telah mula berkomunikasi dan mengadakan satu sistem penghantaran mesej di antara mereka. Di Malaysia, radio amatur merupakan titik bermulanya perkhidmatan radio komersil.
3. Apakah yang boleh saya lakukan dengan Radio Amatur? Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat, pada setiap masa! Pada waktu-waktu bencana, Radio Amatur amat berguna, terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat. Pada ketika lain, anda juga kadang kala boleh bercakap dengan para angkasawan atau membalikkan isyarat dari bulan! Anda juga boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital. Adakah hobi lain yang menyediakan sebegitu ciri sepertinya?
4. Saya sentiasa sibuk. Adakah saya masih boleh menikmati hobi ini? Sudah tentu! Hobi ini tidak terikat kepada sesuatu masa, tempat dan pendapatan seseorang. Memandangkan ianya mudah dikendalikan, ramai yang sentiasa sibuk mendapati ianya seronok digunakan dan mengurangkan tekanan selepas seharian bekerja. Anda dan juga keluarga anda juga boleh menikmati dan mempelajari hobi ini.
5. Apakah perbelanjaan yang diperlukan bagi hobi ini? Sebuah radio bersaiz telapak tangan yang baru mungkin sama harganya dengan satu TV 19 inci yang berkos rendah. Radio yang lebih besar adalah sama kosnya dengan satu komputer.Selain dari itu, bahan-bahan pembelajaran berkenaan Radio Amatur adalah berpatutan dan yuran peperiksaan bagi mendapatkan Sijil Perakuan juga adalah rendah.Secara alternatif, sekiranya anda cenderung untuk menguji-kaji, seperti kebanyakaan pengguna Radio Amatur atau “Ham Radio”, anda boleh membuat unit “Ham Radio” anda sendiri.
6. Siapa yang boleh membantu saya? Kelab-kelab Radio Amatur terdapat di seluruh Malaysia dan bersedia untuk membantu anda. Ada di antara kelab-kelab tersebut mempunyai halaman web yang mengandungi maklumat mengenai hobi tersebut. Salah satu contoh adalah halaman web Persatuan Pemancar Radio Amatur Malaysia (Malaysian Amateur Radio Transmitters Society’s “MARTS”)
7. Bagaimana saya boleh menjadi seorang operator Radio Amatur? Hanya mereka yang telah diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amatur. Bagi mendapatkan Sijil Perakuan, anda haruslah warganegara Malaysia berusia 14 tahun ke atas dan lulus ujian-ujian berikut:- Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio bagi Sijil Perakuan Kelas B; atau- Ujian Kod Morse dan ujian-ujian teori dan radio di atas bagi Sijil Perakuan Kelas A.
8. Siapakah yang mengeluarkan Sijil Perakuan itu? Sijil Perakuan tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kepada mereka-mereka yang telah lulus ujian yang diadakan..
9. Adakah saya perlu membayar yuran? Ya, Sijil Perakuan tersebut haruslah diperbaharui setiap tahun. Yuran tahunan bagi Sijil Perakuan Kelas A adalah sebanyak RM36 dan bagi Sijil Perakuan Kelas B, yurannya adalah RM24 setahun.
10. Apakah yang boleh saya pelajari sebagai permulaan? Anda boleh memulakan pelajaran anda dengan mempelajari fonetiks abjad yang digunakan oleh pengguna-pengguna Radio Amatur di seluruh dunia!
Q signals QRL-This frequency is busy QRM-I have interference QRN-I have static QRS-Please send more slowly QRT-I must go now QRZ-Who is calling me? QSL-I understand QSO-A radio contact QSY-Change frequency QTH-My location is QRX-Please standby
Portable rig 9w2pji Tok Keramat Portable pole antena 20kaki dari paras tanah oleh 9wpji sesuai untuk tugasan SAR Toolbox 9w2pji Tok Keramat Handy pelbagai jenis Handy yg berbeza ..kenwoord dan icom v85
0 comments:
Post a Comment