Ruangan Infomasi





Segala maklumat aktiviti boleh di beritahu di kepada 9w2rev di talian 0126196929 atau v66ham@gmail.com .



Sila beritahu 3 hari awal sebelum di update di ruangan ini Sekian harap maklum.



de 9w2rev



--------------------------------------------------------



Class perbincangan radio amatur untuk exam Rae bermula pada minggu ini :



Tempat: Rumah 9w2rev Taman Pelangi Semenyih

Masa : 9 malam - 10.30malam

Setiap hari Rabu malam Khamis bergantung pada keadaan.

Pengajar :9w2rev



Kepada rakan swl berminat sila dtg ..



Tempat terhad kepada 10 kerusi ..



Berminat sila contect Mazlan 9w2rev di talian 0126196929

----------------------------------------------------------

V66ham telah mewujudkan satu grouping dalam facebook {new media} selaras dengan perkembangan teknologi di internet . Kepada rakan rakan v66ham community boleh join v66 community di facebook ..sila klik di link ini :- http://www.facebook.com/photo.php?pid=397197&id=1796035944#!/group.php?gid=112619732115917&v=info







Aprs Tracing ../ Anda bila nak join aprs

Kedai Amatuer

Wednesday, May 19, 2010

CW dan Anda artikel dari sumber 9m2au bloggerst pak aziz

Adakah anda sudah bersedia semua ..???

CW dan ANDA
Pada tahun 2003 di persidangan WRC03 (World Radio Conferance ) yang diadakan di Geneva. Pihak IARU telah mengusulkan supaya Morse Code dimansuhkan. Satelah mengkaji kertas kerja yang dibentangkan. Pihak "ITU" sebulat suara bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh IARU walaubagaimanapun terpulang kepada pihak berkuasa negara masing-masing samaada mahu menghapuskan Ujian tersebut atau mengekalnya.

Negara-negara saperti United Kindom, Singapura, Australia, Amerika, Canada dll menghapuskannya walaubagaimanapun ada setengah negara masih lagi menetapkannya dan ada setengah negara mengambil inisiatif menurunkan kelajuan Morse Code 5WPM dan 8WPM dan tak kurang juga mengekalkanya 12WPM.

Negara saperti Australia pula memberi peluang kepada Foundation licence (saperti Class B) untuk bekerja di Frequency HF 80M, 40M, 15M dan 10M dan menghadkan kuasanya ke 10 Watts sahaja. Namun perlu diingatkan di sini mereka ini perlu lulus ujian bertulis dan salepas itu mereka perlu menduduki ujian amali saperti bagaimana membuat choke, bagaimana mengendali alat HF, manual ATU dan mereka perlu operate HF berkenaan dihadapan pemeriksa. Peserta pula perlu tahu apa itu " PAN..PAN" ...MAYDAY dan masa bila diperlukan ini semua dll.

Reaksi
Salepas peristiwa WRC 03 perkara ini banyak dibahaskan ada yang setuju dan yang tidak. Bagi mereka yang tidak bersetuju mengatakan CW ini adalah satu pakej dari Amateur Radio. CW juga boleh digunakan waktu kecemasan. Dan dengan power yang rendah anda boleh membuat hubungan. Hari ini jika di lihat dalam waktu kecemasan kebanyakan nya menggunkan sistem voice, digital saperti PSK31,Paket Radio, Pactor, Clover, G-Tor, APRS sementara itu di bidang pelayaran pula pada hari ini mereka menggunakan satellite, VHF Marine, GMDSS (Global Maritime Distress and Safety System) dan juga DCS (Digital Selective Calling) .

Malaysia
Mengikut Garis Panduan Radio Amatur 2004 Dimuka 10 ada menyebutkan Amateur Radio Class A "From 1st April 2007, pass in morse code practical will no longer be a requirement". However practical examination will continue to be organised at a regular interval for those who require such recodnition.

Ini yang tertulis didalam Garis Panduan Radio Amatur 2004 walaubagaimanapun perkara tersebut masih belum di pratikan atau mendapat penjelasan yang jelas. Menurut sumber-sumber yang diperolehi perkara tersebut tidak boleh diterima pakai. SKMM masih lagi mengekalkan ujian Morse Code 12wpm untuk AA Class A.

Cadangan
Pada tahun 2005 pihak MARTS dan MARES mengusulkan kepada SKMM secara bertulis supaya ujian Morse Code di kekalkan tetapi kelajuan nya diturunkan ke 5wpm. Namun sehingga kini kertas cadangan tersebut tidak mendapat reaksi yang positif.

Semenjak SKMM mengambil alih Jabatan Telekom Malaysia pada tahun 1998. Dari tahun 1998 sehingga tahun 2005 tidak ada ujian CW di buat oleh yang demikian tidak ada AA Class A. dikeluarkan. Ramai dari Ham bertanyakan mengapa tidak ada ujian CW atas inisiatif 9M2RS, 9M2SZ,9M2AU dan 9W2SO mereka membuat kertas kerja dan berkunjung ke Sekolah Latihan Semboyan Kem Sungai Besi beberapa sesi perbincangan diadakan dengan pihak SKMM juga dilakukan. Pada akhir tahun 2005 pihak SKMM dengan kerjasama ATM (Angkatan Tentera Malaysia) pertama kali membuat ujian CW sehingga kini lahirlah lebih 100 pemegang AA Class A yang dikeluarkan oleh pihak SKMM.

Kesimpulan
Jika sekiranya kita berkehendakan sesuatu kita perlu mengambil langkah-langkah tertentu. Langkah yang terbaik adalah duduk berbincang buatkan kertas kerja dan hantar terus ke pihak berkuasa, carilah jalan penyelsayan itulah yang sebaik-baiknya........... jika anda fikir CW perlu dihapuskan nyatakan kenapa...dan apa kah caranya dan bagaimana menggantikan CW adakah perlu ujian praktikal dan sebagainya buat lah beberapa kajian dan bentangkannya di kepihak berkuasa. Perlu di igatkan juga bukan semua perkara yang dibentangkan diterima pakai oleh pihak berwajib, walaubagaimanapun anda harus cuba. Jangan mengharapkan pihak berkuasa mengubah sesuatu kerana bagi mereka ini bukanlah kerje mereka...kerja mereka hanyalah menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada. Penulis tidak berpihak dimana-mana. Namun penulis hanya memberikan panduan jika perlukan sesuatu perubahan sesuatu harus dibuat. Jika tidak ia nya akan kekal saperti ini. Panduan ini diberikan satelah 10 tahun berurusan dengan pihak SKMM.
Semoga dengan penjelasan diatas membukakan minda pembaca sekelian.
Posted by FTDX400 at 4:24 AM
13 comments:
9w2SPA said...
Salam sejahtera, salam mesra, salam ziarah buat Pak Aziz. Menarik catatan di atas. Pada saya perkara yang menjadi persoalan adakah masih relevan cw digunapakai pada masa kini? Banyak perkara telah dipermudahkan atas inisiatif orang-orang lama dalam

0 comments:

Map localan Semenyih Beranang