Ruangan Infomasi





Segala maklumat aktiviti boleh di beritahu di kepada 9w2rev di talian 0126196929 atau v66ham@gmail.com .



Sila beritahu 3 hari awal sebelum di update di ruangan ini Sekian harap maklum.



de 9w2rev



--------------------------------------------------------



Class perbincangan radio amatur untuk exam Rae bermula pada minggu ini :



Tempat: Rumah 9w2rev Taman Pelangi Semenyih

Masa : 9 malam - 10.30malam

Setiap hari Rabu malam Khamis bergantung pada keadaan.

Pengajar :9w2rev



Kepada rakan swl berminat sila dtg ..



Tempat terhad kepada 10 kerusi ..



Berminat sila contect Mazlan 9w2rev di talian 0126196929

----------------------------------------------------------

V66ham telah mewujudkan satu grouping dalam facebook {new media} selaras dengan perkembangan teknologi di internet . Kepada rakan rakan v66ham community boleh join v66 community di facebook ..sila klik di link ini :- http://www.facebook.com/photo.php?pid=397197&id=1796035944#!/group.php?gid=112619732115917&v=info







Aprs Tracing ../ Anda bila nak join aprs

Kedai Amatuer

Monday, February 2, 2009

Anda perlu tahu apakah itu radio amatur???

1.Sepuluh Perkara Yang Anda Perlu Tahu Berkenaan Radio Amatur1. Apakah itu Radio Amatur?
Radio Amatur ataupun juga dikenali sebagai “Ham Radio” ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji dan berkomunikasi melalui radio.Pengguna-pengguna Radio Amatur ini saling berhubung dengan rakan-rakan mereka seluruh dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapkan.
2. Bilakah Radio Amatur bermula?
Sejarah Radio Amatur ini telah bermula semenjak perhubungan radio digunakan. Pada tahun 1912, Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat. Bermula 1914, pengguna Radio Amatur telah mula berkomunikasi dan mengadakan satu sistem penghantaran mesej di antara mereka. Di Malaysia, radio amatur merupakan titik bermulanya perkhidmatan radio komersil.
3. Apakah yang boleh saya lakukan dengan Radio Amatur?
Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat, pada setiap masa! Pada waktu-waktu bencana, Radio Amatur amat berguna, terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat. Pada ketika lain, anda juga kadang kala boleh bercakap dengan para angkasawan atau membalikkan isyarat dari bulan! Anda juga boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital. Adakah hobi lain yang menyediakan sebegitu ciri sepertinya?
4. Saya sentiasa sibuk. Adakah saya masih boleh menikmati hobi ini?
Sudah tentu! Hobi ini tidak terikat kepada sesuatu masa, tempat dan pendapatan seseorang. Memandangkan ianya mudah dikendalikan, ramai yang sentiasa sibuk mendapati ianya seronok digunakan dan mengurangkan tekanan selepas seharian bekerja. Anda dan juga keluarga anda juga boleh menikmati dan mempelajari hobi ini.
5. Apakah perbelanjaan yang diperlukan bagi hobi ini?
Sebuah radio bersaiz telapak tangan yang baru mungkin sama harganya dengan satu TV 19 inci yang berkos rendah. Radio yang lebih besar adalah sama kosnya dengan satu komputer.Selain dari itu, bahan-bahan pembelajaran berkenaan Radio Amatur adalah berpatutan dan yuran peperiksaan bagi mendapatkan Sijil Perakuan juga adalah rendah.Secara alternatif, sekiranya anda cenderung untuk menguji-kaji, seperti kebanyakaan pengguna Radio Amatur atau “Ham Radio”, anda boleh membuat unit “Ham Radio” anda sendiri.
6. Siapa yang boleh membantu saya?
Kelab-kelab Radio Amatur terdapat di seluruh Malaysia dan bersedia untuk membantu anda. Ada di antara kelab-kelab tersebut mempunyai halaman web yang mengandungi maklumat mengenai hobi tersebut. Salah satu contoh adalah halaman web Persatuan Pemancar Radio Amatur Malaysia (Malaysian Amateur Radio Transmitters Society’s “MARTS”)
7. Bagaimana saya boleh menjadi seorang operator Radio Amatur?
Hanya mereka yang telah diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amatur. Bagi mendapatkan Sijil Perakuan, anda haruslah warganegara Malaysia berusia 14 tahun ke atas dan lulus ujian-ujian berikut:- Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio bagi Sijil Perakuan Kelas B; atau- Ujian Kod Morse dan ujian-ujian teori dan radio di atas bagi Sijil Perakuan Kelas A.
8. Siapakah yang mengeluarkan Sijil Perakuan itu?
Sijil Perakuan tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kepada mereka-mereka yang telah lulus ujian yang diadakan..
9. Adakah saya perlu membayar yuran?
Ya, Sijil Perakuan tersebut haruslah diperbaharui setiap tahun. Yuran tahunan bagi Sijil Perakuan Kelas A adalah sebanyak RM36 dan bagi Sijil Perakuan Kelas B, yurannya adalah RM24 setahun.
10. Apakah yang boleh saya pelajari sebagai permulaan?
Anda boleh memulakan pelajaran anda dengan mempelajari fonetiks abjad yang digunakan oleh pengguna-pengguna Radio Amatur di seluruh dunia!
Disediakan oleh : Mohd Hussairy Sidek 9W2VVH

0 comments:

Map localan Semenyih Beranang